Titik

17 Oktober 2011
Isnin


Bukan mudah mahu kembali ke garisan mula.
Lebih sukar jika perjalanan itu sudah terlalu lama.

Jauh.
Jenuh.

Perlahan-lahan.
Nasib baik mungkin sampai kembali ke titik mula.

Kalau sebaliknya?

Mungkin mati dipertengahan jalan pulang,
atau sudah sedikit lagi mahu sampai ke titik mula,
ditiup semangatnya lalu bersepai entah kemana.

Tapi lupakah ia,
bahawa frasa hidup itu sfera?

0 add-on(s):